Monday, June 1, 2009
Sunday, May 31, 2009
Doa solat istikharah
Doa solat istikharah
Doa Istikharah :

http://doaharian.blogspot.com/2007/04/doa-solat-istikharah.html
Jangan Takut Untuk Menoleh ke Belakang, kamu Akan Menemui Apa Yang Kamu Tinggalkan. Ambillah pengajaran.
Masa untuk mengupdate blog untuk bulan Mei. Musim peperiksaan;sudah tentunya memenatkan. Moga kita berjaya.
Inti pengisian untuk bulan ini dengan kata " Jangan Takut Untuk Menoleh ke Belakang, kamu Akan Menemui Apa Yang Kamu Tinggalkan. Ambillah pengajaran.
Ayat ini cukup bermakna jika kita lihat di akhirnya "ambillah pengajaran". Kita menoleh ke belakang bukan untuk melihat kegagalan-kegagalan lepas hingga kita terus gagal buat selama-lamanya. Bukan juga punca kelemahan dan kerunsingan.
Adakalanya iman kita berkurang dan sebaliknya. Ribuan kesyukuran jika iman berjaya meningkat dan terus meningkat tetapi jika sebaliknya ia cukup menyedihkan. Mari kita semua berfikir sejenak. Bila kita boleh menggunakan ayat di atas? Apabila kita berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik;tetiba kita gagal dan tewas. Kita telah melakukan sesuatu dosa kepada Allah, tanpa kita sedari perbuatan dosa itu telah terbiasa di dalam diri seharian. Sebagai contoh, bercouple secara salah, merokok, hasad-dengki, tengok perkara maksiat dan dosa-dosa lain. Hendak mengubah perbuatan merasa malu dengan orang lain (bahan umpatan), hendak menjadi diri yang asal takut orang kata apa, hendak kembali tidak tahu jalan pulang dan sebagainya.
Jika suatu masa dahulu, kitalah imam kepada pelajar-pelajar, kitalah penyampai tazkirah, kitalah yang melarang orang melakukan kejahatan serta membencinya, kitalah contoh anak-anak muda tetapi hari ini kita lupa semua perkara itu, kita lupa apa yang telah kita bina masa dahulu, kita lupa siapa kita masa itu. Kita tewas dengan dugaan yang bertalu-talu, di makan dengan pujuk-rayu dunia fana. Penyelesaiannya, adalah dengan ayat di atas, berani toleh ke belakang, kita lihat dosa-dosa atau jalan-jalan salah yang telah dilalui dan ambillah pengajaran. Jangan terus berada di lembah kotor. Menjadi asam garam orang yang ingin berubah dicerca, dicemuh oleh masyarakat tetapi itu hanya sementara. Allah itu suka orang yang bertaubat dan kembali mengharap kepadaNya.
Perlu diingatkan jika suatu masa nanti kita kalah atau tewas lagi. Jangan takut untuk menoleh ke belakang dan berubah semula seterusnya ambillah pengajaran. Pintu taubat masih terbuka. Bukan pandangan manusia yang kita cari, tetapi pandangan Allah. Usahalah untuk berubah, Allah itu maha pemurah lagi pengasih.
Sebagai penutup entry kali ini kata-kata semangat " Jika kita tidak mahu menjadi pendakwah atau penolong tugas dakwah, maka jangan sekal;i-kali menjadi penghalang kepada tugas suci ini."
wassalamu alaikum.
Tuesday, April 28, 2009
Basikalku
Sekarang dah nk masuk bulan mei, masa mengupdate blog dah nk tamat. Maklumlah update sebulan sekali (kata Keram Hakim El kombuteri).
Banyak kenangan indah di bulan april ni.Tidak henti2 rezeki Allah dan pengalaman mengetuk pintu semangat. Bulan april sungguh mengembirakan.
Aku mendapat tawaran berkontrak (xtaula ape) hehe. Hari jadi yang ke 21 (sedar-sedar dah besar dah rupanya tp ilmu masih kurang). Ada lagi, tapi xperlulah diberitahu.
Minggu lepas tergerak hati untuk membersihkan basikal yang hampir berkarat dek cuaca. Sungguh kesian nasib basikal tersadai tanpa pembelaan. Maafkan aku. Dengan menggunakan pengilat basikal (gris) dan kain, aku gosoklah dengan kuat tapi hanya sedikit yang tertanggal, fuh.. letih jgk. "Macam ne ye nk wat", idea yang kedua ialah menggunakan kertas pasir, pergilah beli kertas pasir kat kedai paip. Mula menggosok basikal, alhamdulillah kebanyakan karat tertanggal dan ada yang tertinggal. lepas hampir sejam, beres siap. Dah lama tinggalkan basikal, cukup payah untuk menghilangkan karat.
Bila duduk di dpean komputer, tergerak untuk mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz mengenai padang mahsyar. Masa tu barula terdetik di hati bahawa Allah taala baharu sahaja menegur serta mengajar tentang hati.
Bagaimana??? apa kaitannya??? Kita umpamakanlah basikal itu hati, apabila kita biarkannya, tinggalkanya, sia-siakannya iakan menjadi karat dan rosak. Apabila karat mula banyak dan menyeluruh keseluruh hati maka amat susah untuk dibersihkan. Untuk membersihkannya balik bukan senang2, kain-kain lembut xkan tanggal melainkan dengan kertas pasir.
Selebihnya fikirkanlah sendiri wahai sahabat-sahabat sekalian.
tu lah sekadar coretan bulan ini.
Kata-kata hikmah bulan : ISTIQOMAH:
Sekuat mana kita berusaha untuk berjaya atau melakukan kebaikan atau mencari reda Allah, sekuat itulah atau lebih kuat lagi usaha syaitan dan perkara-perkara yang melalaikan akan menggagalkan cita-cita kita.
Friday, March 6, 2009
Aku beruntung di sini...
Assalamualaiukum...
Kenapa tajuk ni yang menjadi pilihan hati. Apabila semuanya berlaku sedikit demi sedikit, itu adalah satu teknik menerima dan mengeksploitasi. Menerima perkara-perkara yang berlaku dengan syukur dan reda tanpa rasa tertindas atau dizalimi. Mengeksploitasi perkara-perkara yang disyukuri dan diredai dengan bijaksana dan berfikiran terbuka. okla,yang lelain tu hurailah sendiri ek. Kita beruntung sebenarnya.
Thursday, February 26, 2009
HAMAS
HAMAS: Kami tetap pertahankan rakyat Palestin, al-Quds dan masjid al-Aqsa.
Written by admin from on February 25th, 2009 | 1 Comment
Rabu , 25/02/2009 - HAMAS menyeru anggota-anggota Briged al-Qassam dan seluruh kumpulan pejuang Palestin yang lain untuk menyatukan barisan mereka dan bersiap sedia dengan segala kemampuan ketenteraan yang ada bagi mempertahankan rakyat Palestin dan tanah suci mereka, setelah beberapa perancangan Zionis yang mahu menjadikan al-Quds bandar Yahudi dan mengusir penduduknya terbongkar.
Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan pada satu sidang akhbar bersama dengan seorang pimpinan HAMAS, Ismail Ridwan di Gaza pada hari Selasa (24/2), bahawa regim Zionis dan kerajaannya yang zalim itu pasti akan membayar harga yang mahal jika berterusan melakukan kebodohan dan melaksanakan perancangan jahat tersebut.
Beliau seterusnya berkata, “kita tidak akan membiarkan para perampas Zionis dan tentera penjajah serta penjenayah merasa aman dan selamat selagi mana rakyat dan bangsa Palestin tidak terlebih dahulu merasainya.” Beliau juga menegaskan bahawa semua cara adalah dibenarkan bagi melindungi rakyat dan tempat suci Palestin.
Barhoum juga menyatakan pihak berkuasa Zionis sedang meneruskan perancangan jahat mereka bagi memusnahkan hak rakyat Palestin, menguasai tanah serta harta milik mereka dan menghilangkan segala kesan-kesan Islam daripada bandar al-Quds yang terjajah, dengan menyalah gunakan kuasa yang ada demi menjadikan bandar tersebut sebagai sebuah bandar Yahudi dan menghalau penduduknya yang asal.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Tuesday, February 24, 2009
Kenegetifan dan Kepositifan.

Kepeningan, kecelaruan, kebimbangan, keraguan, keinsafan, kekusutan, kepayahan, kesedihan, kebingungan, keresahan, kelesuan, kepenatan, kekecewaan, keterasaan, kehampaam, dilema hidup. Pandang ke hadapan dan senyum. Katakan "Subhanallah, aku berjaya. Yahooooooo".
renungan
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta”
(Al-Ankabut : 2-3)











